top of page
Latar Belakang
​
 
Jabatan Pengajian Melayu (JPM) ialah jabatan yang bertanggungjawab terhadap Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman amnya dan Timbalan Pengarah khususnya dalam hal yang berkaitan bidang Bahasa Melayu, iaitu pendidikan, kurikulum dan kemahiran bahasa Melayu.

Jabatan ini terdiri daripada lima unit, iaitu Unit Pedagogi, Unit Penyelidikan dan Inovasi, Unit Kesusasteraan dan Kebudayaan serta Unit Bahasa Melayu dan Komunikasi.
​
JPM mengendalikan kursus berkaitan bidang bahasa Melayu untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP pada tahun 2020 masih lagi meliputi Bahasa Melayu Kontekstual dan Pengantar Bahasa Melayu. Manakala bagi program PISMP, kursus yang ditawarkan pada tahun 2020 ialah Kursus Elektif Teras dan Kursus Elektif Terbuka. Bagi Kursus Elektif Teras, kursus yang ditawarkan ialah Kesantunan Masyarakat Malaysia, Kesusasteraan Melayu, Kajian Kurikulum, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dan Linguistik Terapan. Bagi Kursus Elektif Terbuka, jabatan ini menawarkan Kursus Bahasa Melayu Lestari dan Pengucapan Awam. JPM bermatlamat melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan, mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu, teori pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu. Aktiviti yang dirancang untuk 2020 juga bertujuan memenuhi beberapa tuntutan Kluster Inisiatif Transformasi IPG, antaranya ialah Peningkatan Kualiti Pensyarah, Pemantapan dan Pengembangan Kualiti Kurikulum dan Peningkatan Kualiti Pelajar.

Pengenalan


2.1 Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Rendah
2.2 Merancang dan melaksanakan agihan kerja kursus dan interaksi
2.3 Merancang, menilai dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
2.4 Merancang dan melaksanakan program penyelidikan, penulisan ilmiah dan inovasi pensyarah dan pelajar dalam bahasa Melayu
2.5 Merancang dan melaksanakan aktiviti bagi program Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM)
2.4 Memberi khidmat nasihat bahasa kepada institut, majlis-majlis rasmi institut, individu, jawatankuasa pengurusan institut dan aktiviti yang melibatkan kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu apabila diperlukan di dalam mahupun di luar institut
2.7 Membantu, membimbing dan melatih para pelajar dalam sebarang aktiviti kebahasaan

Fungsi Jabatan

bottom of page